Friday 19 February 2016

KDYMM SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA MENGADAP PRESIDEN ABIM SERTA DELEGASI PEJUANG BAHASA.

KDYMM SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA MENGADAP PRESIDEN ABIM SERTA DELEGASI PEJUANG BAHASA.
Sayang berderak pandai berguru, 
Sayang selasih terbuang layu; 
Mujur saya baru berguru, 
Kalau tidak terbuang lalu.
---------------
11hb Februari 2016 (Khamis): Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan dan saintis mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan yang bijaksana - membincangkan masa depan anak bangsa.
Delegasi ini merafak sembah -- menyatakan keprihatinan dan kegusaran; terhadap nasib bangsa dan masa depan Bahasa Melayu, yang kian dipinggirkan oleh pemerintah yang terdiri daripada badan eksekutif, menerusi beberapa dasar yang menguburkan Bahasa Melayu. Hal ini termasuk pengenalan Dasar Dua Bahasa (Dwi Language Programme - DLP).
Perlaksanaan ‘Dual Language Programme’ (DLP) dan ‘High Immersive Programme’ (HIP) adalah satu PENGHINAAN kepada KEDAULATAN Bahasa Melayu dan KEDAULATAN WASIAT Raja-Raja Melayu pada 1957. Menghina Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Pendidikan 1996, khasnya Perkara 17 dan 18.” -- Buku "KAMI BANTAH DLP" (Prof. Emeritus Abdullah Hasan dan Datuk Zainal Abidin Borhan).
----------------------------------------------

Mohon sebar luas dan viralkan:
1. Page Facebook:
“Gerakan Mansuh PPSMI - GMP #Bantah DLP”:
dan

2. Blog:
“Gerakan #BantahDLP”:

Terima kasih.

.

No comments:

Post a Comment