Wednesday 24 February 2016

ISU DLP: NUKILAN PROF EMIRITUS ABDULLAH HASSAN.

ISU DLP: NUKILAN PROF EMIRITUS ABDULLAH HASSAN.
20hb Februari 2016.
Merayu kepada Ketua Puteri UMNO dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato’ Mas Ermieyati Samsudin.
Mohon kami tidak disalah fahami.
KAMI JUGA MENERIMA BAHASA INGGERIS!
Yang kami tolak itu hanyalah cara mengajarkannya, iaitu DLP, kerana:
1. DLP itu lebih teruk daripada PPSMI. PPSMI apabila dilaksanakan, telah merosakan pendidikan 3.5 juta murid. Maksudnya, bahasa Inggeris mereka tidak meningkat dan matematik dan sains mereka menurun jadinya.
2. Ajarkanlah bahasa Inggeris itu melalui mata pelajaran bahasa Inggeris. Tambah jumlah jamnya jikalau perlu.
3. Teruskan penggunaan bahasa Melayu bagi mengajarkan STEM, dan BM jangan ditolak ke tepi. Cuma bawa masuk bahasa Inggeris. 
Jangan digantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Itu bukan dwibahasa jadinya. 
4. Pastikan guru dan murid kita mahir berbahasa Inggeris dulu. 
Guru yang ditugaskan mengajar pelajaran STEM dalam bahasa Inggeris itu juga mestilah mahir berbahasa Inggeris. 
Jangan lupa, pastikan muridnya juga sudah fasih dalam bahasa Inggeris.
Jangan gunakan lojik "jikalau mereka fasih berbahasa Melayu, maka mereka boleh diajar dalam bahasa Inggeris. Tidak betul begitu!
Ada cara lain?
1. Jikalau ditiru sekolah Cina pun bagus. Mereka mengajar keseluruhan mata pelajaran STEM dalam bahasa Cina, kemudian diulang dalam bahasa Inggeris bagi membiasakan murid dengan istilah Inggeris. Sepatutnya itu yang kita buat. Kekalkan pengajaran dalam bahasa Melayu. Ulang saja dalam bahasa Inggeris, setelah murid faham dalam bahasa Melayu. 
2. Bahasa Inggeris boleh juga diajar secara intensif dalam masa cuti, atau katakanlah sebelum berangkat ke luar negara bagi memulakan pengajian di seberang laut.
Ada cara lain yang lebih baik dan lebih mudah bagi mempelajari bahasa Inggeris. Malah DLP itu bukanlah alternatif terbaik dan termudah. Tidak juga yang termurah.
Semoga banyak manfaatnya pertemuan ini, in sya ALLAH.
-----------------------------------------------
"Dual Language Programme" (DLP) telah mula dilaksanakan di ratusan buah sekolah kebangsaan 'terpilih' pada tahun ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Dual Language" itu?
Benarkah pendekatannya dapat meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Inggeris?
Adakah Bahasa Inggeris dapat menjamin semua pelajar menjiwai ilmu berkaitan sains dan teknologi?
Mengapa ia mendapat tentangan hebat di kalangan para ilmuwan dan budayawan negara?
Dalami hujah mereka dengan membaca buku "Kami Bantah DLP", yang boleh diperolehi di sini:-
1. Versi PDF (Percuma): http://pdfsr.com/pdf/kami-bantah-dlp;
2. Versi E-Book (Percuma): http://pts.com.my/ebook/kami-bantah-dlp/;
3. Versi cetakan (RM10 + kos pos) - hubungi kami di FB, atau Whatsapp: 019-3858301.
----------------------------------------------
Mohon sebar luas dan viralkan:
1. Page Facebook: 
“Gerakan Mansuh PPSMI - GMP ‪#‎Bantah DLP”:
dan
2. Blog: 
“Gerakan #BantahDLP”:
Terima kasih.
.

No comments:

Post a Comment