Wednesday 24 February 2016

CORETAN YB DATUK MAS ERMIEYATI.


CORETAN YB DATUK MAS ERMIEYATI.
“…Saya menerima kunjungan dari Jawatankuasa Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan yang dipimpin persatuan penulis seperti GAPENA, pena termasuk ABIM dan PKIM. Kedatangan mereka sebagai respon terhadap ucapan saya sewaktu Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun lalu berkenaan isu Bahasa.
Mereka turut lahirkan kerisauan cendikiawan Melayu tentang kedudukan Bahasa Melayu dalam arus kini. Ini termasuk keresahan dalam dasar dua bahasa DLP yang dilaksanakan baru-baru ini. Malah mereka menegaskan bahawa mereka tidak membantah penggunaan Bahasa Inggeris.
Cuma khuatir Bahasa Melayu yang semakin terpinggir. Saya beri cadangan untuk dibuatkan majlis dialog agar orang ramai boleh dengar sendiri keresahan mereka ini serta cadangan dan input yang membina, in sya ALLAH.”
-- Y.B Datuk Mas Ermieyati Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

-----------------------------------------------
"Dual Language Programme" (DLP) telah mula dilaksanakan di ratusan buah sekolah kebangsaan 'terpilih' pada tahun ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Dual Language" itu?
Benarkah pendekatannya dapat meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Inggeris?
Adakah Bahasa Inggeris dapat menjamin semua pelajar menjiwai ilmu berkaitan sains dan teknologi?
Mengapa ia mendapat tentangan hebat di kalangan para ilmuwan dan budayawan negara?
Dalami hujah mereka dengan membaca buku "Kami Bantah DLP", yang boleh diperolehi di sini:-
1. Versi PDF (Percuma): http://pdfsr.com/pdf/kami-bantah-dlp;
2. Versi E-Book (Percuma): http://pts.com.my/ebook/kami-bantah-dlp/;
3. Versi cetakan (RM10 + kos pos) - hubungi kami di FB, atau Whatsapp: 019-3858301.
----------------------------------------------
Mohon sebar luas dan viralkan:
1. Page Facebook: 
“Gerakan Mansuh PPSMI - GMP ‪#‎Bantah DLP”:
dan
2. Blog: 
“Gerakan #BantahDLP”:
Terima kasih.

.


No comments:

Post a Comment